SELAMAT DATANG

INFO KAUNSELING SK LEREH

TANJONG KLING, 76 400 MELAKA

Tel : 06-3154264
Faks : 06-3154919

‘Segala yang BAIK bermula di Bilik Kaunseling’

MENU

Sunday, October 16, 2011

SEJARAH PENUBUHAN SK LEREH

Sejarah Kebangsaan Lereh telah wujud pada tahun 1915 dengan nama Sekolah Melayu Lereh. Sekolah ini ditempatkan di rumah Kelab Golf iaitu sebuah bangunan yang didirikan oleh pihak kerajaan Inggeris berhampiran padang golf yang terbesar dan menarik di dalam negeri Melaka. Gabenor Negeri Melaka dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang berpangkat tinggi adalah antara pemain golf yang sering bermain golf di sini.

 Gambar Bangunan SK Lereh Dulu

Selama hampir 15 tahun bangunan tersebut dijadikan bangunan sekolah, maka pada tahun 1930 barulah didirikan sebuah bangunan yang cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat belajar. Pada tahun 1955, sebuah bangunan sekolah lagi telah didirikan untuk menampung pertambahan murid. Pada tahun 1956, sekolah telah mendapat bekalan air paip, kemudian pada tahun 1958, sekolah mendapat bekalan elektrik pula.

Pada tahun 1960, sebuah lagi bangunan mengandungi 4 buah bilik darjah didirikan.Dengan pembinaan bangunan baru itu maka dua buah sekolah telah dirobohkan iaitu Sekolah Melayu Batang Tiga dan Sekolah Melayu Tanjong Kling, yang mana murid-murid dari sekolah berkenaan telah disatukan di Sekolah Melayu Lereh.

Dari situ bermulanya Sekolah Melayu Lereh menerima beberapa perubahan, bukan sahaja kemajuannya semakin bertambah, muridnya semakin ramai bahkan ianya juga tidak dapat lari dari menerima perubahan dari Sekolah Melayu kepada nama Sekolah Umum seterusnya sehingga sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Lereh.

Sehingga kini sekolah ini yang terletak di KM 9.6 Tanjong Kling, Melaka, mempunyai 2 bangunan 3 tingkat dan satu bangunan 2 tingkat. Keluasan sekolah adalah 5.5 ekar. Terdapat 28 orang Guru Besar telah memberi perkhidmatan di sekolah bermula pada tahun 1915 sehingga sekarang. Pada tahun 2008 pertambahan murid telah mencapai seramai 1206 orang murid dengan 61 orang tenaga pengajar.

Senarai nama Guru-guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini :

1.
Tn. Sheikh Zainal b. Syed Omar 1915-1917
2. En. Othman b. Sabah 1917-1919
3. En. Mohd Hassan b. T.Y Ahmad 1919-1920
4. En. Md. Zin b. Md Saad 1920-1921
5. En. Abd Hadi b. Hj Hassan 1921-1922
6. En. Mohd Derus b. Baba 1922-1924
7. En. Baba b. Omar 1924-1925
8. En. Mohd Idris b. Ismail 1925-1929
9. En. Mohamad b. Abu Bakar 1929-1932
10. En. Mohamad b. Sulaiman 1932-1934
11. Tn. Hj. Ab. Samad b. Tahir 1934-1941
12. En. Mohamad b. Sulaiman 1941-1945
13. En. Abd Rahman b. Muhyidin 1945-1947
14. Tn. Hj. Yusof b. Md. Amin 1947-1949
15. Tn. H. Zainal b. Yusof 1950-1952
16. Tn. Hj. Harun b. Hj. Md. Ali 1953-1956
17. En. Md. Amin b. Md Saad 1956-1961
18. Tn. Hj. Mohd b. Hj. Long 1962-1963
19. Tn. Hj. Daud b. Hj. Ali 1963-1966
20. Tn. Hj. Ismail b. Hj Md Nor 1967-1976
21. Tn. Hj. Abu Talib b. Md. Yusoff 1977-1986
22. Tn. Hj. Rahmat b. Petol, PPN, BKT 1986-1992
23. Pn. Hjh. Normah bt. Mohd Nor 1992-1995
24. En. Marzuki b. Ithnin 1995-1996
25. En. Abd Rahman b. Salleh 1997-2000
26. Tn. Hj. Bazid b. Baba Mac 2000-Mei 2000
27. Pn. Hjh. Che Aishah bt. Yaacob Mei 2000-Julai 2007
28. En. Sulaman b. Md Mohamad Sept 2007-Sekarang

1 comment: